Majlis ini telah berlangsung tepat padal pukul 8.00 pagi dan dihadiri oleh pelbagai tetamu jemputan, samada dari pihak PPD LMS, guru-guru besar sekolah rendah yang lain. Turut serta adalah Pengerusi Lee Foundation, iaitu En.Lee Seng Chuan yang telah menyumbangkan sebanyak RM 100 ribu kepada OGA.
Acara pada pagi tersebut telah dimulai dengan perarakan masuk tetamu kehormat yang diiringi oleh pasukan "Blowpipe" SMK.ST.GEORGE SATU, dan juga pengawas -pengawas sekolah SK.ST.GEORGE SATU. Sebaik sahaja ketibaaan tetamu kehormat, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak Darul Ridzuan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En.Lee Seng Chuan dengan gimik melepaskan belon gergasi serta acara memotong kek jubli intan. Majlis telah diserikan dengan persembahan daripada "24 Drums" dari pasukan SMK.ST.GEORGE SATU dan pasukan koir SK.ST.GEORGE SATU yang terdiri daripada 16 orang pelajar.
Majlis ini telah mencatatkan satu sejarah yang tersendiri apabila telah dihadiri lebih dari 300 orang. Dalam majlis pelancaran ini juga, pelbagai aktiviti yang menarik yang telah dirancang dihebahkan. Adalah diharap, pada masa yang akan datang, program-program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
| Persembahan koir SK.ST.GEORGE SATU |
| Upacara memotong kek diikuti dengan nyanyian lagu Selamat Ulangtahun |
| Bersama En.Lee Seng Chuan ( kanan sekali) |
| Sesi bergambar sebelum gimik melepaskan belon ke udara |
| Sebelum bermula upacara majlis pelancaran |
| Anak-anak Tahun 1 Merah |
| Sesi pendaftaran guru-guru |
| Pasukan " 24 Drums " dari SMK.ST.GEORGE |
| Barisan pengawas bersama pasukan " Blowpipe" |
| Tiupan semboyan mengiringi sesi melepaskan belon ke udara |
| Sebahagian tetamu jemputan |